Open Day “Berambeh di Pandan”

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti yang akan dijalankan. Program ini juga mempromosikan dan memperkenalkan fungsi Pusat Internet kepada penduduk Kampung Pandan serta pendedahan advokasi seperti Klik dengan Bijak (KDB) dan ICT (penggunaan komputer).

Seramai 143 penduduk yang hadir berumur di antara 5 tahun sehingga 80 tahun.

Kelebihan aktiviti:

• Memberi pendedahan dan kepentingan internet melalui tayangan video serta ceramah Klik dengn Bijak (KDB)

• Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan kanak-kanak melalui Permainan Luar KDB.

• ICT games dikhususkan kepada golongan remaja yang berumur 13 tahun ke atas bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya yang terdapat dalam talian melalui permainan interaktif Interland.

• Taklimat ERezeki diadakan bagi memberi pendedahan kepada penduduk akan kepentingan teknologi digital bagi menjana pendapatan sampingan.

• Pameran dari pihak AADK dan Ar Rahnu turut memeriahkan majlis.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali